Skip to content

Portal Kastam Diraja Malaysia,Kedah | Royal Malaysian Customs,Kedah's Portal

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size default color orange color green color
You are here: Muka depan
Kejayaan Kastam Kedah Rampas Bunga Api
Ditulis oleh Webmaster   
Monday, 26 July 2010
 

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api bernilai RM757,000 dalam dua lori treler berasingan pada 9 Julai dan Khamis lepas.

Pengarah Kastam Negeri, Saadon Mohd Dros, berkata bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota cawangan penguatkuasaan memeriksa sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 17.9, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Napoh, dekat sini.

"Selepas membuat tinjauan selama beberapa jam, pemandu tidak muncul dan hasil pemeriksaan, sejumlah 1,001 kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api ditemui dalam kontens itu," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Katanya nilai bagi semua mercun dan bunga api itu adalah RM375,342 manakala cukai yang cuba dielakkan adalah RM243,972.

Dalam operasi kedua Khamis lepas, katanya Kastam telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori treler yang diletakkan di kawasan perindustrian di sini dan menjumpai sebanyak 796 kotak berisi mercun dan bunga api.

"Nilai barangan rampasan itu adalah kira-kira RM381,564 manakala cukai yang cuba dielakkan adalah berjumlah RM248,016," kata Saadon.

Katanya kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 kerana membawa barang terlarang tanpa permit - bernama.

Terakhir dikemaskini ( Monday, 26 July 2010 )
Baca lagi...
 
Perhimpunan Setia Dan Mesra Bulan Mei Dan Jun
Ditulis oleh Zainudin   
Tuesday, 29 June 2010

Perhimpunan Setia dan Mesra Bulan MEI & JUN telah diadakan pada 23 JUN 2010 yang bertempat di Laman Setia, Kompleks Kastam Diraja Malaysia, Alor Setar, Kedah. Perhimpunan tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa dan lafaz ikrar integriti. Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat daripada Pengarah Kastam Negeri Kedah, Tuan Saadon bin Hj. Mohd. Dros. Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan pelbagai agenda menarik diantaranya ialah Laporan Aktiviti Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Kedah Bulan Mei/Jun2010, Penyampaian Watikah Perlantikan Kenaikan Pangkat Gred W48, W44 dan W22, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009, Ceramah Nilai-Nilai Murni yang disampaikan oleh Ustaz Fadzil dengan ceramahnya yang bertajuk Penggunaan Minda/Akal Untuk Memajukan Kerjaya, penyampaian pegawai terbaik bulanan dan penyampaian kad ucapan hari lahir bagi pegawai yang menyambut hari lahir pada bulan Mei dan Jun.Perhimpunan Setia dan Mesra ini akhirnya melabuhkan tirainya  pada pukul 12.30 tengahari. Majlis ini pasti tersemat 1001 nostalgia indah.

 

 
KARNIVAL INOVASI DAN ICT
Ditulis oleh Zainudin   
Tuesday, 29 June 2010

KARNIVAL INOVASI DAN ICT

Karnival Inovasi ICT yang berlangsung pada 2 JUN 2010 bertempat di Bilik Latihan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kedah. Program ini disertai oleh 4 stesen iaitu Stesen Alor Setar dengan tajuk ‘RIMS@CJCP Ver.2’, Stesen Langkawi dengan tajuk ‘Info Gaji’ dan ‘ Rekod Inventori & Harta Modal (REKIN)’, Stesen Durian Burung (Kota Putra) dengan tajuknya ‘DM CODE’ dan Stesen Kulim dengan tajuknya ‘Stock Management System (SMS)’. Pada saat akhir Stesen Kulim terpaksa menarik diri disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan. Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Fairuzi bin Omar dan telah dihakimi oleh 3 panel juri yang berkredibiliti iaitu Tuan Saadon bin Mohd Dros, Tuan Yusof bin Ibrahim dan Puan Azizah bt. Kechik. Program ini dapat mencungkil idea-idea kreatif serta inovasi pegawai yang terlibat dalam pertandingan ini untuk mereka sistem maklumat yang baru. Program ini jaga dapat memberi impak kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia khususnya bagi melicinkan pentadbiran dengan menggunakan sistem yang direka cipta ini. Pemenang bagi pertandingan ini ialah Stesen Langkawi dendan tajuknya ‘ Rekod Inventory & Harta Modal (REKIN)’ dengan membawa pulang hadiah berbentuk Piala Pusingan, wang tunai dan sijil penyertaan. Manakala hadiah kumpulan yang dibawa pulang oleh stesen lain pula adalah wang tunai dan sijil penyertaan setiap kumpulan. Pertandingan ini melabuhkan tirainya pada jam 12 tengahhari dan segala yang diatur berjalan dengan lancar dan jayanya.

 
<< Mula < Seb 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Kemudian > Akhir >>

Keputusan 1 - 4 terhadap 100

Statistik Penting

Click on image
|| 25 Ramadhan 1431 Hijriah
Best view: IE 1024x768. No hacking please! You are connecting to this site from: 38.107.191.102
Ramadhan
25
Sabtu
1431 HIJRAH

Penghayatan Al Quran

Surah Yunus 10 Ayat : 5
Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.

Login Form






Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar

customskedah webmail

Nama Pengguna
Kata laluan

Langgan Newsletter

Sila masukkan alamat email anda






Who's Online

Kami ada 1 tetamu online